Sambutan Merdeka 2008

Khamis, 8 Januari 2009

PENGENALAN M/PELAJARAN KT

Kurikulum Kajian Tempatan yang terangkum dalam bidang
kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat
Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan
demokrasi, penyayang, progresif,sejahtera serta bersemangat
patriotik.
Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
kurikulum Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu
dan beramal, harmonis serta berketrampilan. Mata pelajaran ini juga
bersesuaian dengan struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
( KBSR ).
Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang membicarakan
dan mengkaji tentang interaksi manusia dengan manusia dan
manusia dengan alam persekitarannya melalui aktiviti kemahiran
belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial.
Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap II bagi mengukuhkan
lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai
yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran
lain di Tahap I terutama mata pelajaran bahasa.
Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk
memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan
mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan,pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online