| Prinsip Rukun Negara | | |
| Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut: | |||
| Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: | |||
| Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; | |||
| Memelihara satu cara hidup demokratik; | |||
| Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; | |||
| Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; | |||
| Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; | |||
| Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: | |||
| Kepercayaan kepada Tuhan | |||
| Kesetiaan kepada Raja dan Negara | |||
| Keluhuran Perlembagaan | |||
| Kedaulatan Undang-Undang | |||
| Kesopanan dan Kesusilaan | |||
| Source : http://www.gov.my/MYGOV/BI/Directory/Government/AboutMsianGov/GovRukunegara | |||



0 Comments:
Post a Comment